Tuesday, July 17, 2018

KESIMPULAN


KESIMPULAN


      Dari perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa makanan tradisi sesuatu   kaum dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.Masyarakat dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India termasuk sabah dan Sarawak selain mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut di mana makanan tradisi ini pula mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk merasa. Selain itu, berdasarkan temuramah mengenai makanan pelbagai bangsa ini turut menyumbang kepada tahap pemahaman dan perpaduan kaum di Malaysia melalui makanan. Mereka lebih memahami dan mengetahui pelbagai variasi makanan kaum di Malaysia. Kesimpulan yang didapati dalam makanan tradisional ini mencerminkan bahawa tahap perpaduan mengikut makanan setiap kaum masih di tahap yang memuaskan. Oleh itu, makanan juga dapat memainkan peranan penting dalam membentuk semangat perpaduan di kalangan kaum.Berdasarkan kepada temubual yang dibual dalam pelbagai etmik makanan melambangkan perpaduan kaum dan membawa kepada perkara positif. Oleh itu, pendedahan mengenai makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu dikaji dan diperkemas supaya masyarakat di Malaysia mengetahui tentang makanan dan tidak melupakan makanan-makanana tradisi masyarakat yang ada di Malaysia. Kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan membuat kempen dan pesta makanan malaysia yang dapat membantu masyarakat lebih mengenali makanan pelbagai kaum ini. Makanan masyarakat di Malaysia juga bukan sahaja boleh diperkenal di peringkat tempatan malah perlu di luar negara supaya masyarakat membuka mata dan merasa bangga dengan kepelbagaian makanan yang dapat mengeratkan perpaduan antara kaum.
 
MALAYSIAN TRADITIONAL/ STREET FOOD (CLICK HERE TO VIEW)

Monday, July 16, 2018

MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA DAN INDIA



                                                                           KAUM CINA



Kaum kedua yang terbesar di MALAYSIA ialah kaum CINA. Mempunyai hubungan hubungan keakraban dari segi politik dan perdagagan sejak berabad lamanya sebelum terbentuknya Malaysia.Pada zaman dahulu amat berperanan besar melindungi kerajaan MELAKA dari serangan ancaman SIAM. Dibawa masuk oleh pihak BRITISH dalam jumlah yang besar sebagai buruh perlombongan timah.Bukan sahaja membawa masuk diri dan kaum keluarga tetapi secara automatik membawa masuk terus adat resam,agama,budaya dan tidak lupa makanan tradisional yang diwarisi.Majoriti beragama BUDDHA tetapi ada juga mengamalkan kepercayaan KONFOCIUNISME dan TAOISMA.

JUADAH SAJIAN HARIAN KAUM CINA

 KUIH BULAN




Alkisah kuih ini terjadi daripada rentetan pemerintahan MONGOL(DINASTI YUAN) yang memerintah CINA pada ketika itu.Digambarkan sebagai pemerintahan kuku besi yang kejam dengan mengenakakan hukuman dan undang-undang tidak masuk akal dan tidak berperikemanusian terhadap rakyat pada masa itu supaya tiada pun masa berani berpaling tadah kepada pemerintahan MONGOL.Akibat daripada itu rakyat mula memberontak dengan dibantu dorongan oleh PUAK MING.Kesepakatan untuk memberontak bermula pada malam bulan mengambang dimana kuih bulan ini dibuat.Kuih ini berbentuk bulat umpama bulan,dimana kod rahsia rahsia pesanan untuk menumbangkan pemerintahan MONGUL ditempatkan.Akhirnya pemerintahan MONGOL berjaya digulingkan akibat idea yang bernas daripada rakyat pemikiran yang tertindas.Kaum CINA masih meraikan kejayaan ini pada zaman sekarang didalam PERAYAAN PERTENGAHAN MUSIM LURUH.Ada juga tradisi megatakan kuih bulan ini dibuat untuk disembahkan kepada DEWA DAPUR.Kesedapan dan kemanisan kuih bulan menyebabkan mulut DEWA DAPUR terkunci dan tidak dapat menyampaikan laporan buruk kepada MAHARAJA SYURGA.Berinti buah teratai,kacang merah atau kuning telur ditengahnya daripada adunan yang manis.


GUANG BING (KOM PIA)


Makanan ini diambil daripada sempena namahero yang bernama JI GUANG,yang membawa makanan kering kepada askarnya semasa peperangan pendudukan ANTI-JAPANASE di negara CINA sebagai sumber makanan pada ketika itu.Rasanya yang hampir mirip dengan FRENCH BREAD yang mempunyai bijan.Amat digemari dan begitu popular oleh kaum CINA pada masa ini,tekstur  yang rangggup dan ada yang ditambah perasa tertentu untuk menambah kesedapan perasanya.GUANG BIN boleh dimakan begitu sahaja ataupun bersama sup daging herba,mengikut pilihan cita rasa masing-masing.Makanan ini diambil daripada sempena namahero yang bernama JI GUANG,yang membawa makanan kering kepada askarnya semasa peperangan pendudukan ANTI-JAPANASE di negara CINA sebagai sumber makanan pada ketika itu.Rasanya yang hampir mirip dengan FRENCH BREAD yang mempunyai bijan.Amat digemari dan begitu popular oleh kaum CINA pada masa ini,tekstur  yang rangggup dan ada yang ditambah perasa tertentu untuk menambah kesedapan perasanya.GUANG BIN boleh dimakan begitu sahaja ataupun bersama sup daging herba,mengikut pilihan cita rasa masing-masing.

NIAN GAO (KUIH BAKUL)



Boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja,tetapi amat popular dan begitu laris dimakan semasa  sambutan perayaan TAHUN BARU CINA yang dikatakan akan membawa tuah kepada sesiapa yang memakan kuih tersebut.GAO membawa maksud tinggi umpama semakin tinggi tahun semakin tinggi atau meningkat kemakmuran dan kejayaan yang dikecapi dalam kehidupan yang akan datang.Walaupun dibuat pelbagai jenis tetapi berkongsi ramuan pulut yang dikisar atau dihancurkan untuk dijadikan adunan yang boleh diacu sahaja atau dimasak sahaja bergantung pada jenis kuih juga.Boleh didapati dalam masakan SHANGHAI, KANTONIS, GUANDONG dengan kepelbagai jenis kuih bulan.

CHAR KWAY TEOW (CHAR KUEY TEOW)



Hidangan  ini amat popular dan begitu sinonim dan  terkenal dikalangan  rakyat MALAYSIA.Makanan ini diperbuat daripada  kuey  teow/SHAHE FEN (MANDARIN).Dimasak diatas atas api dapur arang yang panas,ramuan terdiri kerang,kicap,cili,udang telur,taugeh dan  kucai. Adakalanya dengan  hirisan sosej,fish cake.Secara tradisional dimasak dengan minyak lemak babi  tetapi boleh diganti dengan  alternative minyak yang lain.

ZONG ZI (BA TZANG)



ZONG ZI (BA TZANG) diperbuat daripada beras ketan (GLUTINOUS RICE) dan dibalut dengan daun buluh perlu digantung selepas proses kukus untuk pengeringan.Makanan tradisional masyarakat TIONGKOK.Selalunya disajikan semasa FESTIVAL PERAHU NAGA dan tradisi PERAYAAN DUANWU yang jatuh pada hari kelima bulan lima kalendar  masyarakat CINA.Mengikut kepercayaan  lama masyarakat terdahulu bagi mengingati  kematian  penyair dari destinasi kerajaan CHU. Penyair lagenda yang bernama  QU YUAN,kegagalan beliau menasihatkan pembesar  dan kaisar supaya menghentikan peperangan saudara yang mengorbankan banyak nyawa rakyat.Akibat terlalu sedih beliau membaca  puisi sedih yang dicipta beliau sendiri kesan daripada faktor peperangan,sesudah membaca puisi tersebut beliau terjun  ke dalam SUNGAI MILOU.Rakyat yang menyaksikan kejadian tersebut cuba melontar bungkusan nasi  ke dalam sungai  sebagai pengganti bagi mengelakan  ikan  memakan  jasad beliau.Bungkusan-bungkusan  nasi itu diberi nama ZONG ZI (BA TZANG).

                                                      DING BIAN HU


Kaum CINA menjadikan hidangan ini sebagai pengganti bubur nasi dan juga dikenali sebagai bubur kulat. Hidangan FOOCHOW  boleh dimakan semasa sarapan waktu pagi mahupun  lewat malam.Bagi masyarakat KAUM CINA percaya yang bubur kulat mempunyai kebaikan sebagai agen nutrisi menguatkan badan orang yang lemah seperti demam dan mampu  menyejukkan  badan  dengan membuang haba panas.

KAUM INDIA



Kaum ketiga  yang terbesar di MALAYSIA ialah didominasi masyarakat  KAUM INDIA.Juga  sebagai penyumbang utama pembentukan masyarakat majmuk di MALAYSIA.Seperti bangsa lain di negara kita,masih berpegang teguh dengan ajaran agama dan budaya adat resam turun–temurun.Ini dapat dilihat daripada aspek kelahiran,perkahwinan dan kenduri.Masyarakat KAUM INDIA juga terdiri daripada pelbagai etnik,bahasa,agama seperti etnik Tamil(Tamil),Malayalam(Telugu),Hindi(Urdhu) dan Banggali(Benggali). Mereka menggunakan bahasa yang berlainan dan menganut pelbagai agama iaitu Islam, Hindu, Kristian dan Buddha.

JUADAH SAJIAN HARIAN KAUM INDIA

MARUKKU



Hidangan  ini berasal daripada  negeri TAMIL NADU yang berada di SELATAN INDIA.Bukan sahaja disukai oleh masyarakat KAUM INDIA bahkan mendapat tempat dikalangan masyarakat yang berbilang  kaum yang lain kerana tekstur yang ranggup dan lazat apabila dikunyah.Bagi masyarakat KAUM INDIA yang berada di UNITED KINGDOM makanan ini   digelar  dan merujuk sebagai CHAKRI.Kos pembuatannya yang murah serta mudah untuk diperbuat sebagai makan ringgan.Antara bahan-bahan untuk membuat marukku adalah seperti tepung kacang,tosai(orad dhal),tepung beras,Untuk perasa bergantung kepada penggemar jika perasa asli tidak pedas bagi yang meminati pedas serbuk cili akan digunakan sebagai perasa pedas,bagi perasa lain seperti asafoetida,ajawain,cumin.Berbentuk bulat dan halus .Kaedah pembuatan menggunakan acuan khas yang ditekan tepung yang telah diuli atau dengan teknik pemutaran.


ROTI CANAI (PARATHA)



Apabila disebut sahaja ROTI CANAI (PARATHA),boleh dibayangkan keenakan kerangupan tekstur roti canai tersebut.Menjadi menu  utama hidangan rakyat MALAYSIA,menu  ini banyak dijual di restoren nasi kandar hinggalah ke gerai kecil di tepi jalan.Mendapat mandat di hati rakyat MALAYSIA seterusnya mengangkat kedudukan  taraf yang sama dan  utama  dengan  menu NASI LEMAK.Diperbuat daripada capati yang diolah daripada gandum tulin .Roti canai amat sesuai dimakan dengan kuah  dal,kari dan sambal.

ADHIRASAM


Sebagai hidangan wajib dan utama isi rumah di SELATAN INDIA hinggalah kepada KAUM INDIA di MALAYSIA.PAAGU(SIRAP) adalah bahagian yang penting perlu diberi keutamaan dalam proses membuat ADHIRASAM.Untuk memberi kelazatan ,PAAGU(SIRAP) perlu diadun dengan betul dan teliti.

TOSAI


Salah satu yang hidangan yang menjadi santapan penting  masyrakat berbilang kaum di MALAYSIA apabila berkunjung kedai mahupun restoren nasi kandar atau pun kedai masyrakat kaum INDIA sendiri.Selain nama TOSAI terdapat banyak lagi nama yang digelar dan diberi dosay,dose,dosai,dhosha,thosai ,chakuli.Terdapat beraneka  jenis tosai antaranya tosai telur,tosai cili,tosai bawang dan pelbagai lagi.Boleh dijadikan pembuka selera semasa sarapan pagi  serta lewat malam.Kandungan tosai yang kaya dengan protein dan karbohidrat amat sesuai hidangan ini dimakan oleh semua lapisan umur.Tosai boleh juga dimakan bersama hidangan yang lain seperti  kari kambing,ayam,acar buah,sambal.Bawang gorang dan kentang yang telah digoreng akan dijadikan  inti  tosai.

NASI BERIANI


Hidangan  ini diperkenalkan oleh pedagang dan pengembara PARSI ke ASIA TENGGARA melalui perdagagan rempah ratus sejak berabad  lamanya kepada orang INDIA dan PAKISTAN sebelum dibawa oleh mereka kepada TANAH   MELAYU.Nama BERIANI ini yang berasal dari  bahasa PARSI,BERYA(N) yang bermaksud panggang atau digoreng.Dimasak menggunakan beras BASMATHI    bersama-sama rempah,sayur-sayuran,ayam,daging dan telur.Selain itu terdapat lain-lain bahan  utama yang digunakan untuk memasak NASI BERIANI antaranya minyak sapi,buah pala,kulit pala,bawang merah,bawang putih,cokmar,daun selasih,daun pudina,,halia,bawang,saffron.Menjadi menu  utama semasa musim perayaan dan  perkahwinan. Bagi yang ingin merasai hidangan ini tidak perlu semasa musim perayaan atau perkahwinan boleh berkunjung ke restoren atau gerai yang menawarkan menu hidangan ini dengan pelbagai variasi mengikut citarasa pelanggan.

MAKANAN TRADISIONAL SABAH DAN SARAWAK (BORNEO)


MAKANAN TRADISIONAL SABAH DAN SARAWAK (BORNEO)






Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang mempunyai kebudayaannya yang tersendiri dan unik. Oleh kerana ia terpisah daripada Semenanjung Malaysia, pemakanan di antara etnik-etnik di sini adalah berbeza. Mempunyai lebih daripada tiga puluh etnik dan mempunyai keadaan geografi yang pelbagai, Sabah dan Sarawak menyediakan pelbagai jenis variasi makanan. Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan tradisional sebagai infomasi yang dapat membantu kita mengenali pemakanan di antara etnik di Sabah dan Sarawak.

JUADAH SAJIAN HARIAN KAUM SABAH

                                                                         AMBUYAT



 Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Labuan dan negeri-negeri Borneo seperti Sarawak dan Sabah di mana makanan ini kadangkala dikenali sebagai linut. Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos.

HINAVA (HINAVA GINAPAN)


Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai makanan yang paling popular dalam kalangan kaum Kadazan-Dusun. Makanan ini merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam.Hinava biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan.

KUIH JALA


  Kuih Jala merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia sangat popular di sebelah pantai timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Kuih jala sabah dibuat dengan menggunakan perlatan atau acuan yang boleh dibeli atau dibuat sendiri dengan menggunakan kayu dan diikat dengan tin yang telah dilubangkan dibahagian bawahnya.

LATOK


Latok merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Sabah. Ia merupakan makanan tradisional bagi suku kaum bajau laut di Sabah. Latok merupakan sejenis makanan dari jenis rumpai laut.Ia sangat popular di kalangan suku kaum Bajau Laut yang kebanyakkannya tinggal di persisir pantai daerah Semporna. Latok dipercayai mempunyai beberapa khasiat yang dapat memberi kebaikan kepada orang yang memakannya. 

MANOK PANSUH


Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di Semenanjung Malaysia.‘Manok’ bermaksud ayam dan ‘Pansoh’ bermaksud dimasak dalam buluh. Dalam Bahasa Iban pula,dikenali sebagai ‘Manuk Pansuh’ ataupun ‘ Manuk Lulun’. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain seperti daging ikan disediakan mengikut cara yang sama.

LAKSA SARAWAK

 Laksa Sarawak juga merupakan makanan tradisional yang popular di Sarawak. Laksa Sarawak berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di Semenanjung. Bahan-bahan yang digunakan juga amat berbeza dan ketara. Kuahnya seperti kuah mee kari akan tetapi rasanya amatlah berbeza dengan mee kari. Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas. Bahan yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun, isi ayam yang dicarik-carik, udang, tauge, hirisan telur goreng dan kuahnya. Laksa sarawak dihidangkan bersama sambal untuk menambah rasa kepedasan dan juga limau kasturi.

PENGANAN


 Penganan merupakan kuih tradisional kaum Iban yang sangat popular dan sering menjadi makanan wajib ketika perayaan hari Gawai.Ianya diperbuat daripada tepung beras dan beberapa bahan lain sebelum dijadikan doh untuk digoreng. Rasanya yang kenyal dan manis pasti menarik perhatian mereka yang makannya

TEBALOI


Tebaloi merupakan sejenis biskut sagu yang merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melanau. Bahan utama tebaloi ialah sagu.Makanan ini banyak dieksport ke luar negara dan merupakan salah satu makanan tradisional sarawak yang mempunyai permintaan yang tinggi.

KEK LAPIS SARAWAK


Kek lapis Sarawak merupakan sejenis kek/kuih yang paling popular di sarawak. Kek lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di sarawak spt Hari Raya, Krismas, Gawai Dayak, dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina.Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mula mencipta corak atau pattern kek itu.Harga kek juga bergantung kepada besar, jenis corak dan kepayahan membuat kek tersebut. Jadi semakin besar, semakin banyak corak, semakin susah membuat kek tersebut,maka semakin mahal harga kek tersebut.



SAJIAN JUADAH MUSIM PERAYAAN



                                                                  KETUPAT

KETUPAT PALAS/TRADISIONAL(3 SEGI)


KETUPAT MODEN(4 SEGI)

Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi. Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi dan Ketupat moden biasanya berbentuk empat segi. Ketupat biasanya dihidangkan ketika menyambut perayaan AidhilFitri dan Aidhil Adha.

LEMANG



Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya Aildilfitri. Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini. Lemang merupakan hidangan istimewa di Malaysia. Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.

DODOL



Dodol pula dibuat dari tepung pulut, santan dan gula yang dikacau berjam-jam diatas api sehingga pekat. Manakala dodol sangat terkenal di Melaka dan cara membuat dodol boleh  dikatakan sangat rumit. Ramai orang selalu ingin mencuba membuatnya, tetapi tidak semua dapat menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Kini, dodol telah mula dimodenkan dengan pelbagai perisa seperti perisa durian dan sebagainya. Makanan ini lazimnya dibuat secara bergotong-royong dalam sesuatu masyarakat dan diedarkan dari rumah ke rumah. Hal ini dapat mengeratkan lagi perhubungan antara satu sama lain.






KUIH-MUIH TRADISIONAL



KUIH- MUIH TRADISIONAL



Seterusnya, hidangan yang menjadi pilihan orang ramai untuk juadah minum petang dan juga majlis -majlis kesyukuran, mereka lebih gemar menggunakan hidangan kuih-muih seperti tepung pelita, lompat tikam, bahulu, samperet, koci, tepung gomak dan juga seri muka. Kuih-muih ini lebih senang disediakan dan digemari oleh semua  golongan saamada tua mahupun yang muda. Makanan- makanan tradisional haruslah diperkenalkan agar tidak dilupakan oleh generasi muda akan datang.
















MAKANAN TRADISIONAL


PENCUCI MULUT TAPAI


Pencuci mulut tapai ialah sejenis manisan diperbuat daripada pulut, ia sesuai dijadikan manisan dan menjadi kesukaan terutama golongan berusia. tapai  terdapat dua jenis tapai iaitu  tapai pulut dan tapai ubi. Biasanya tapai pulut lebih popular daripada tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap berrbanding tapai ubi kerana itulahtapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut biasa atau pulut hitam, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus dengan daun. Kebiasaannya daun yang digunakan adalah daun pisang, getah. Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan kedalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain putih. Setelah diperam dan disimpan selama beberapa hari, tapai ini akan masak dengan sendirinya dan barulah boleh dimakan. Orangtua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau dalam berkeadaan kotor. Ketika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rosak. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan   tapai menjadi masam. Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama. Ia hanya mengambil masa lebih kurang beberapa hari sahaja.

NASI LEMAK


Nasi lemak merupakan salah satu makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya sebagai sarapan pagi. Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu tradisional.Oleh itu, Nasi Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam nasi yang membuatkan rasa nasi itu berlemak. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng, kacang goreng dan sambal. Kini, pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu.


LAKSA

LAKSA PENANG

LAKSA KEDAH

LAKSA TERENGGANU

LAKSA JOHOR


Laksa adalah makanan berjenis mi yang ditaruh kuah dengan kebudayaan Peranakan, yang digabung dengan elemen Tiongkok dan Melayu. Laksa mempunyai beberapa jenis,  bentuk mi-nya bulat putih dan sedikit tebal. Nama Laksa diambil dari bahasa Sanskrit (India kuno) yaitu Laksha yang mempunyai arti banyak, menujukkan bahawa mi Laksa dibuat dengan berbagai bumbu.Di Malaysia laksa mempunyai pelbagai versi seperti Laksa Penang dimakan bersama otak udang, Laksa Kedah dimakan bersama telur rebus, Laksa Terengganu berkuah lemak manakala Laksa Johor dikenali dengan nama spagethi dan berkuah lemak.

OTAK-OTAK
OTAK-OTAK JOHOR

OTAK-OTAK TERENGGANU

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor”. Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Otak-otak  lebih enak dimakan ketika masih panas.




KESIMPULAN

KESIMPULAN        Dari perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa makanan tradisi sesuatu   kaum dapat membentuk perpaduan da...