PENGENALAN
Apabila disebut nama MALAYSIA sahaja, masyarakat luar serta
pemimpin agung dari seluruh negara begitu kagum dan menghormati dengan sosio
budaya masyarakat malaysia yang Komplek dan berbeza dari segi latar belakang
sosio budaya kaum dan agama seperti bahasa,cara hidup,ekonomi,politik,tempat
tinggal,dan hubungan sosial dan juga makanan tradisional dari kaum
masing-masing.Kemampuan kerajaan negara kita dalam mentadbir pengurusan negara
menyebabkan negara kita menjadi model contoh (role model) dan acuan kepada
negara yang lain dalam proses membangun dalam pentadbiran negara masing-masing.
Secara umum kita sudah tahu kaum utama di Malaysia ialah kaum
MELAYU(BUMIPUTERA) yang merangkumi sebanyak 50% dan diikuti oleh kaum CINA
sebanyak 25% dan kaum INDIA sebanyak 10%yang dibawa masuk dalam jumlah
yang ramai oleh pihak BRITISH semasa era penjajahan untuk bekerja sebagai buruh
di peladangan dan lain-lain sektor yang berkepentingan pada zaman tersebut.Bagi
SABAH dan SARAWAK pula,selain kaum MELAYU sebagai bumiputera,terdapat ramai
lagi kumpulan kaum etnik yang turut dikategori sebagai bumiputera.Seperti di
SABAH kaum KADAZAN ,DUSUN,BAJAU,MURUT sebagai kumpulan etnik kaum bumiputera
terbesar dan utama.Begitu juga di SARAWAK kaum IBAN membentuk komuniti SARAWAK
sebanyak 30% dan juga diikuti oleh kaum BIDAYUH.
Selain dikenali sebagai negara berbilang kaum,MALAYSIA juga
amat terkenal dengan kepelbagian juadah makanan tradisional oleh kaum majmuk di
MALAYSIA menyebabkan kita unik dan sebagai bonus tarikan untuk memancing
pelancong dari luar berkunjung ke negara kita Setiap masyarakat kaum majmuk di
MALAYSIA mempunyai makanan tradisional yang tersendiri yang diwarisi oleh
warisan keluarga turun-temurun kepada kaum keluarga masing-masing,makanan
tradisional boleh kita rasai semasa kenduri,musim perayaan acara rumah terbuka
yang dianjurkan oleh pihak tertentu ataupun pihak kerajaan dan diiktiraf
sebagai acara wajib setiap musim perayaaan.
Oleh sebab itu, Malaysia memilik aset yang paling berharga
dari segi kepelbagaian makanan yang bukan sahaja dalam proses
mengeratkan ikatan perpaduan bahkan turut menarik keperhatian dari pelbagai
sektor ekonomi yang lain. Sebagai contohnya, Nasi lemak kepada asalnya
merupakan hidangan sarapan pagi dalam kalangan etnik Melayu tetapi kini ia
telah menjadi pilihan utama bagi semua etnik di Malaysia. Bukan setakat itu
sahaja,makanan kepada kepelbagaiann jenis mi, dim sum, kuih kepau dan
sebagainya yang juga merupakan makanan kegemaran bagi etnik Cina turut menjadi
kegemaran oleh etnik yang lain sepertinya Melayu,India, dan lain-lain lagi.
Makanan kumpulan etnik dari Sabah Sarawak sepertinya umai, linut,kepasuh ayam
turut menjadi pilihanan bagi masyarakat dari kepelbagaian etnik yang secara
tidak langsung telah menyumbang kepada kesepaduan sosial. Negara maju dan
makmur adalah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum
yangmengamalkan sikap saling menghormati diantara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment