KESIMPULAN
Dari perbincangan di atas, dapatlah
disimpulkan bahawa makanan tradisi sesuatu kaum dapat membentuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.Masyarakat dapat
mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara tiga bangsa
terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India termasuk sabah dan Sarawak
selain mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut di mana
makanan tradisi ini pula mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu menarik
kaum lain untuk merasa. Selain itu, berdasarkan temuramah mengenai makanan
pelbagai bangsa ini turut menyumbang kepada tahap pemahaman dan perpaduan kaum
di Malaysia melalui makanan. Mereka lebih memahami dan mengetahui pelbagai
variasi makanan kaum di Malaysia. Kesimpulan yang didapati dalam makanan
tradisional ini mencerminkan bahawa tahap perpaduan mengikut makanan setiap
kaum masih di tahap yang memuaskan. Oleh itu, makanan juga dapat memainkan
peranan penting dalam membentuk semangat perpaduan di kalangan kaum.Berdasarkan
kepada temubual yang dibual dalam pelbagai etmik makanan melambangkan perpaduan
kaum dan membawa kepada perkara positif. Oleh itu, pendedahan mengenai
makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu dikaji dan
diperkemas supaya masyarakat di Malaysia mengetahui tentang makanan dan tidak
melupakan makanan-makanana tradisi masyarakat yang ada di Malaysia. Kerajaan
juga perlu memainkan peranan dengan membuat kempen dan pesta makanan malaysia
yang dapat membantu masyarakat lebih mengenali makanan pelbagai kaum ini.
Makanan masyarakat di Malaysia juga bukan sahaja boleh diperkenal di peringkat
tempatan malah perlu di luar negara supaya masyarakat membuka mata dan merasa
bangga dengan kepelbagaian makanan yang dapat mengeratkan perpaduan antara
kaum.
MALAYSIAN TRADITIONAL/ STREET FOOD (CLICK HERE TO VIEW)
No comments:
Post a Comment