KAUM CINA
Kaum kedua yang terbesar di MALAYSIA
ialah kaum CINA. Mempunyai hubungan hubungan keakraban dari segi politik dan
perdagagan sejak berabad lamanya sebelum terbentuknya Malaysia.Pada zaman
dahulu amat berperanan besar melindungi kerajaan MELAKA dari serangan ancaman
SIAM. Dibawa masuk oleh pihak BRITISH dalam jumlah yang besar sebagai buruh
perlombongan timah.Bukan sahaja membawa masuk diri dan kaum keluarga tetapi
secara automatik membawa masuk terus adat resam,agama,budaya dan tidak lupa
makanan tradisional yang diwarisi.Majoriti beragama BUDDHA tetapi ada juga
mengamalkan kepercayaan KONFOCIUNISME dan TAOISMA.
JUADAH SAJIAN HARIAN KAUM CINA
KUIH BULAN
Alkisah kuih ini terjadi daripada
rentetan pemerintahan MONGOL(DINASTI YUAN) yang memerintah CINA pada ketika
itu.Digambarkan sebagai pemerintahan kuku besi yang kejam dengan mengenakakan
hukuman dan undang-undang tidak masuk akal dan tidak berperikemanusian terhadap
rakyat pada masa itu supaya tiada pun masa berani berpaling tadah kepada
pemerintahan MONGOL.Akibat daripada itu rakyat mula memberontak dengan dibantu dorongan
oleh PUAK MING.Kesepakatan untuk memberontak bermula pada malam bulan
mengambang dimana kuih bulan ini dibuat.Kuih ini berbentuk bulat umpama
bulan,dimana kod rahsia rahsia pesanan untuk menumbangkan pemerintahan MONGUL
ditempatkan.Akhirnya pemerintahan MONGOL berjaya digulingkan akibat idea yang
bernas daripada rakyat pemikiran yang tertindas.Kaum CINA masih meraikan
kejayaan ini pada zaman sekarang didalam PERAYAAN PERTENGAHAN MUSIM LURUH.Ada
juga tradisi megatakan kuih bulan ini dibuat untuk disembahkan kepada DEWA
DAPUR.Kesedapan dan kemanisan kuih bulan menyebabkan mulut DEWA DAPUR terkunci
dan tidak dapat menyampaikan laporan buruk kepada MAHARAJA SYURGA.Berinti buah
teratai,kacang merah atau kuning telur ditengahnya daripada adunan yang manis.
GUANG BING (KOM PIA)
Makanan ini diambil daripada sempena
namahero yang bernama JI GUANG,yang membawa makanan kering kepada askarnya
semasa peperangan pendudukan ANTI-JAPANASE di negara CINA sebagai sumber
makanan pada ketika itu.Rasanya yang hampir mirip dengan FRENCH BREAD yang
mempunyai bijan.Amat digemari dan begitu popular oleh kaum CINA pada masa
ini,tekstur yang rangggup dan ada yang ditambah perasa tertentu untuk
menambah kesedapan perasanya.GUANG BIN boleh dimakan begitu sahaja ataupun
bersama sup daging herba,mengikut pilihan cita rasa masing-masing.Makanan ini
diambil daripada sempena namahero yang bernama JI GUANG,yang membawa makanan
kering kepada askarnya semasa peperangan pendudukan ANTI-JAPANASE di negara
CINA sebagai sumber makanan pada ketika itu.Rasanya yang hampir mirip dengan
FRENCH BREAD yang mempunyai bijan.Amat digemari dan begitu popular oleh kaum
CINA pada masa ini,tekstur yang rangggup dan ada yang ditambah perasa
tertentu untuk menambah kesedapan perasanya.GUANG BIN boleh dimakan begitu
sahaja ataupun bersama sup daging herba,mengikut pilihan cita rasa
masing-masing.
NIAN GAO (KUIH BAKUL)
Boleh dimakan pada bila-bila masa
sahaja,tetapi amat popular dan begitu laris dimakan semasa sambutan
perayaan TAHUN BARU CINA yang dikatakan akan membawa tuah kepada sesiapa yang
memakan kuih tersebut.GAO membawa maksud tinggi umpama semakin tinggi tahun
semakin tinggi atau meningkat kemakmuran dan kejayaan yang dikecapi dalam
kehidupan yang akan datang.Walaupun dibuat pelbagai jenis tetapi berkongsi
ramuan pulut yang dikisar atau dihancurkan untuk dijadikan adunan yang boleh
diacu sahaja atau dimasak sahaja bergantung pada jenis kuih juga.Boleh didapati
dalam masakan SHANGHAI, KANTONIS, GUANDONG dengan kepelbagai jenis kuih bulan.
CHAR KWAY TEOW (CHAR
KUEY TEOW)
Hidangan ini amat popular dan
begitu sinonim dan terkenal dikalangan rakyat MALAYSIA.Makanan ini
diperbuat daripada kuey teow/SHAHE FEN (MANDARIN).Dimasak diatas
atas api dapur arang yang panas,ramuan terdiri kerang,kicap,cili,udang
telur,taugeh dan kucai. Adakalanya dengan hirisan sosej,fish
cake.Secara tradisional dimasak dengan minyak lemak babi tetapi boleh
diganti dengan alternative minyak yang lain.
ZONG ZI (BA TZANG)
ZONG ZI (BA TZANG) diperbuat daripada
beras ketan (GLUTINOUS RICE) dan dibalut dengan daun buluh perlu digantung
selepas proses kukus untuk pengeringan.Makanan tradisional masyarakat TIONGKOK.Selalunya
disajikan semasa FESTIVAL PERAHU NAGA dan tradisi PERAYAAN DUANWU yang jatuh
pada hari kelima bulan lima kalendar masyarakat CINA.Mengikut
kepercayaan lama masyarakat terdahulu bagi mengingati
kematian penyair dari destinasi kerajaan CHU. Penyair lagenda yang
bernama QU YUAN,kegagalan beliau menasihatkan pembesar dan kaisar
supaya menghentikan peperangan saudara yang mengorbankan banyak nyawa
rakyat.Akibat terlalu sedih beliau membaca puisi sedih yang dicipta beliau
sendiri kesan daripada faktor peperangan,sesudah membaca puisi tersebut beliau
terjun ke dalam SUNGAI MILOU.Rakyat yang menyaksikan kejadian tersebut
cuba melontar bungkusan nasi ke dalam sungai sebagai pengganti bagi
mengelakan ikan memakan jasad beliau.Bungkusan-bungkusan
nasi itu diberi nama ZONG ZI (BA TZANG).
DING BIAN HU
Kaum CINA menjadikan
hidangan ini sebagai pengganti bubur nasi dan juga dikenali sebagai bubur
kulat. Hidangan FOOCHOW boleh dimakan semasa sarapan waktu pagi
mahupun lewat malam.Bagi masyarakat KAUM CINA percaya yang bubur
kulat mempunyai kebaikan sebagai agen nutrisi menguatkan badan orang yang lemah
seperti demam dan
mampu menyejukkan badan dengan membuang haba
panas.
KAUM INDIA
Kaum ketiga yang
terbesar di MALAYSIA ialah didominasi masyarakat KAUM INDIA.Juga
sebagai penyumbang utama pembentukan masyarakat majmuk di MALAYSIA.Seperti
bangsa lain di negara kita,masih berpegang teguh dengan ajaran agama dan budaya adat
resam turun–temurun.Ini dapat dilihat daripada aspek kelahiran,perkahwinan dan
kenduri.Masyarakat KAUM INDIA juga terdiri daripada pelbagai etnik,bahasa,agama
seperti etnik Tamil(Tamil),Malayalam(Telugu),Hindi(Urdhu) dan
Banggali(Benggali). Mereka menggunakan bahasa yang berlainan dan menganut
pelbagai agama iaitu Islam, Hindu, Kristian dan Buddha.
JUADAH SAJIAN HARIAN
KAUM INDIA
MARUKKU
Hidangan ini berasal
daripada negeri TAMIL NADU yang berada di SELATAN INDIA.Bukan sahaja
disukai oleh masyarakat KAUM INDIA bahkan mendapat tempat dikalangan masyarakat
yang berbilang kaum yang lain kerana tekstur yang ranggup dan lazat
apabila dikunyah.Bagi masyarakat KAUM INDIA yang berada di UNITED KINGDOM makanan
ini digelar dan merujuk sebagai CHAKRI.Kos pembuatannya yang murah
serta mudah untuk diperbuat sebagai makan ringgan.Antara bahan-bahan untuk
membuat marukku adalah seperti tepung kacang,tosai(orad dhal),tepung
beras,Untuk perasa bergantung kepada penggemar jika perasa asli tidak pedas
bagi yang meminati pedas serbuk cili akan digunakan sebagai perasa pedas,bagi
perasa lain seperti asafoetida,ajawain,cumin.Berbentuk bulat dan halus .Kaedah
pembuatan menggunakan acuan khas yang ditekan tepung yang telah diuli atau
dengan teknik pemutaran.
ROTI CANAI
(PARATHA)
Apabila disebut sahaja ROTI CANAI
(PARATHA),boleh dibayangkan keenakan kerangupan tekstur roti canai
tersebut.Menjadi menu utama hidangan rakyat MALAYSIA,menu ini
banyak dijual di restoren nasi kandar hinggalah ke gerai kecil di tepi
jalan.Mendapat mandat di hati rakyat MALAYSIA seterusnya mengangkat
kedudukan taraf yang sama dan utama dengan menu NASI
LEMAK.Diperbuat daripada capati yang diolah daripada gandum tulin .Roti canai amat
sesuai dimakan dengan kuah dal,kari dan sambal.
ADHIRASAM
Sebagai hidangan wajib dan utama isi
rumah di SELATAN INDIA hinggalah kepada KAUM INDIA di MALAYSIA.PAAGU(SIRAP)
adalah bahagian yang penting perlu diberi keutamaan dalam proses membuat
ADHIRASAM.Untuk memberi kelazatan ,PAAGU(SIRAP) perlu diadun dengan betul dan
teliti.
TOSAI
Salah satu yang hidangan yang menjadi
santapan penting masyrakat berbilang kaum di MALAYSIA apabila berkunjung
kedai mahupun restoren nasi kandar atau pun kedai masyrakat kaum INDIA
sendiri.Selain nama TOSAI terdapat banyak lagi nama yang digelar dan diberi
dosay,dose,dosai,dhosha,thosai ,chakuli.Terdapat beraneka jenis tosai
antaranya tosai telur,tosai cili,tosai bawang dan pelbagai lagi.Boleh dijadikan
pembuka selera semasa sarapan pagi serta lewat malam.Kandungan tosai yang
kaya dengan protein dan karbohidrat amat sesuai hidangan ini dimakan oleh semua
lapisan umur.Tosai boleh juga dimakan bersama hidangan yang lain seperti
kari kambing,ayam,acar buah,sambal.Bawang gorang dan kentang yang telah
digoreng akan dijadikan inti tosai.
NASI BERIANI
Hidangan ini diperkenalkan
oleh pedagang dan pengembara PARSI ke ASIA TENGGARA melalui perdagagan rempah
ratus sejak berabad lamanya kepada orang INDIA dan PAKISTAN
sebelum dibawa oleh mereka kepada TANAH MELAYU.Nama BERIANI
ini yang berasal dari bahasa PARSI,BERYA(N) yang bermaksud panggang
atau digoreng.Dimasak menggunakan beras
BASMATHI bersama-sama rempah,sayur-sayuran,ayam,daging
dan telur.Selain itu terdapat lain-lain bahan utama yang digunakan
untuk memasak NASI BERIANI antaranya minyak sapi,buah pala,kulit pala,bawang
merah,bawang putih,cokmar,daun selasih,daun
pudina,,halia,bawang,saffron.Menjadi menu utama semasa musim
perayaan dan perkahwinan. Bagi yang ingin merasai hidangan ini tidak
perlu semasa musim perayaan atau perkahwinan boleh berkunjung ke restoren atau
gerai yang menawarkan menu hidangan ini dengan pelbagai variasi mengikut
citarasa pelanggan.
No comments:
Post a Comment