Monday, July 16, 2018

MAKANAN TRADISIONAL


PENCUCI MULUT TAPAI


Pencuci mulut tapai ialah sejenis manisan diperbuat daripada pulut, ia sesuai dijadikan manisan dan menjadi kesukaan terutama golongan berusia. tapai  terdapat dua jenis tapai iaitu  tapai pulut dan tapai ubi. Biasanya tapai pulut lebih popular daripada tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap berrbanding tapai ubi kerana itulahtapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut biasa atau pulut hitam, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus dengan daun. Kebiasaannya daun yang digunakan adalah daun pisang, getah. Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan kedalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain putih. Setelah diperam dan disimpan selama beberapa hari, tapai ini akan masak dengan sendirinya dan barulah boleh dimakan. Orangtua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau dalam berkeadaan kotor. Ketika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rosak. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan   tapai menjadi masam. Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama. Ia hanya mengambil masa lebih kurang beberapa hari sahaja.

NASI LEMAK


Nasi lemak merupakan salah satu makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya sebagai sarapan pagi. Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu tradisional.Oleh itu, Nasi Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam nasi yang membuatkan rasa nasi itu berlemak. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng, kacang goreng dan sambal. Kini, pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu.


LAKSA

LAKSA PENANG

LAKSA KEDAH

LAKSA TERENGGANU

LAKSA JOHOR


Laksa adalah makanan berjenis mi yang ditaruh kuah dengan kebudayaan Peranakan, yang digabung dengan elemen Tiongkok dan Melayu. Laksa mempunyai beberapa jenis,  bentuk mi-nya bulat putih dan sedikit tebal. Nama Laksa diambil dari bahasa Sanskrit (India kuno) yaitu Laksha yang mempunyai arti banyak, menujukkan bahawa mi Laksa dibuat dengan berbagai bumbu.Di Malaysia laksa mempunyai pelbagai versi seperti Laksa Penang dimakan bersama otak udang, Laksa Kedah dimakan bersama telur rebus, Laksa Terengganu berkuah lemak manakala Laksa Johor dikenali dengan nama spagethi dan berkuah lemak.

OTAK-OTAK
OTAK-OTAK JOHOR

OTAK-OTAK TERENGGANU

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor”. Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Otak-otak  lebih enak dimakan ketika masih panas.




No comments:

Post a Comment

KESIMPULAN

KESIMPULAN        Dari perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa makanan tradisi sesuatu   kaum dapat membentuk perpaduan da...