Monday, July 16, 2018

MAKANAN TRADISIONAL



KAUM MELAYU

Di MALAYSIA orang MELAYU didefinasikan sebagai penduduk pribumi (bumiputera).Bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa MELAYU,beragama ISLAM,serta menjalani adat istiadat.Perkataan MELAYU mungkin berasal daripada SUNGAI MELAYU di hulu SUNGAI BATANG HARI,SUMATERA.Selain dalam erti ertimologi perkataan MELAYU berasal daripada perkataan MALAJU yang bermaksud cepat,deras,tangkas dalam erti kata dasar laju.

MAKANAN TRADISONAL KAUM MELAYU

JUADAH SAJIAN HARIAN KAUM MELAYU
Malaysia merupakan negara bertuah yang memiliki berbilang kaum dan etnik yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya dengan pelbagai jenis makanan yang sungguh enak. Hal ini sekaligus memperlihatkan keunikan dan kepelbagaian adat dan budaya yang wujud dalam setiap kaum.Makanan merupakan salah satu perkara yang dapat menyatukan penduduk berbilang kaum di Malaysia. Secara terperici Melayu memperkenalkan makanan tradisional yang dijadikan sebagai hidangan untuk para tetamu samaada di majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran, ataupun untuk santapan harian mereka. Pada zaman dahulu dari nenek moyang kita lagi kaum melayu menjadikan ubi kayu sebagai sumber utama makanan mereka. Sehingga hari ini ubi kayu masih dinikmati tetapi dengan pelbagai rasa dan bentuk. Ubi kayu dijadikan kuih muih dan juga pencuci mulut yang dikenali sebagai “Tapai’’. Selain itu terdapat pelbagai lagi juadah yang dihidangkan untuk sarapan mereka setiap hari.



No comments:

Post a Comment

KESIMPULAN

KESIMPULAN        Dari perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa makanan tradisi sesuatu   kaum dapat membentuk perpaduan da...