MAKANAN TRADISIONAL
SABAH DAN SARAWAK (BORNEO)
Sabah dan Sarawak merupakan negeri
yang mempunyai kebudayaannya yang tersendiri dan unik. Oleh kerana ia terpisah
daripada Semenanjung Malaysia, pemakanan di antara etnik-etnik di sini adalah berbeza.
Mempunyai lebih daripada tiga puluh etnik dan mempunyai keadaan geografi yang
pelbagai, Sabah dan Sarawak menyediakan pelbagai jenis variasi makanan. Berikut
disenaraikan beberapa jenis makanan tradisional sebagai infomasi yang dapat
membantu kita mengenali pemakanan di antara etnik di Sabah dan Sarawak.
JUADAH SAJIAN HARIAN
KAUM SABAH
AMBUYAT
Ambuyat merupakan sejenis hidangan
yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ambuyat ialah
sejenis makanan tempatan di Labuan dan negeri-negeri
Borneo seperti Sarawak dan Sabah di mana makanan ini kadangkala
dikenali sebagai linut. Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang
dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan
kemudian mencelupkannya ke dalam sos.
HINAVA (HINAVA
GINAPAN)
Hinava atau Hinava Ginapan merupakan
salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku
kaum Kadazan-Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai makanan
yang paling popular dalam kalangan kaum Kadazan-Dusun. Makanan ini merupakan
hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji
buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau
kapas dan garam.Hinava biasanya merupakan hidangan istimewa
semasa Tadau Kaamatan.
KUIH JALA
Kuih Jala
merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia sangat popular di sebelah
pantai timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Kuih jala sabah
dibuat dengan menggunakan perlatan atau acuan yang boleh dibeli atau dibuat
sendiri dengan menggunakan kayu dan diikat dengan tin yang telah dilubangkan
dibahagian bawahnya.
LATOK
Latok merupakan salah satu makanan
tradisional yang terdapat di Sabah. Ia merupakan makanan tradisional bagi suku
kaum bajau laut di Sabah. Latok merupakan sejenis makanan dari jenis
rumpai laut.Ia sangat popular di kalangan suku kaum Bajau Laut yang
kebanyakkannya tinggal di persisir pantai daerah Semporna. Latok
dipercayai mempunyai beberapa khasiat yang dapat memberi kebaikan kepada orang
yang memakannya.
MANOK PANSUH
Manok Pansoh adalah sejenis makanan
dimana ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional
masyarakat Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di
Semenanjung Malaysia.‘Manok’ bermaksud ayam dan ‘Pansoh’ bermaksud dimasak
dalam buluh. Dalam Bahasa Iban pula,dikenali sebagai ‘Manuk Pansuh’ ataupun ‘
Manuk Lulun’. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban,
maka selain ayam bahan-bahan lain seperti daging ikan disediakan mengikut cara
yang sama.
LAKSA SARAWAK
Laksa Sarawak juga merupakan makanan tradisional yang popular di
Sarawak. Laksa Sarawak berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di Semenanjung.
Bahan-bahan yang digunakan juga amat berbeza dan ketara. Kuahnya seperti kuah
mee kari akan tetapi rasanya amatlah berbeza dengan mee kari. Rasa kuahnya rasa
lemak, manis dan pedas. Bahan yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun,
isi ayam yang dicarik-carik, udang, tauge, hirisan telur goreng dan kuahnya.
Laksa sarawak dihidangkan bersama sambal untuk menambah rasa kepedasan dan juga
limau kasturi.
PENGANAN
Penganan merupakan kuih
tradisional kaum Iban yang sangat popular dan sering menjadi makanan wajib
ketika perayaan hari Gawai.Ianya diperbuat daripada tepung beras dan beberapa
bahan lain sebelum dijadikan doh untuk digoreng. Rasanya yang kenyal dan
manis pasti menarik perhatian mereka yang makannya
TEBALOI
Tebaloi merupakan
sejenis biskut sagu yang merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat
Melanau. Bahan utama tebaloi ialah sagu.Makanan ini banyak dieksport ke luar
negara dan merupakan salah satu makanan tradisional sarawak yang mempunyai
permintaan yang tinggi.
KEK LAPIS SARAWAK
Kek lapis
Sarawak merupakan sejenis kek/kuih yang paling popular di sarawak. Kek lapis
ini sangat popular ketika sambutan perayaan di sarawak spt Hari Raya, Krismas,
Gawai Dayak, dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina.Kek ini mempunyai
berpuluh-puluh jenis corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama
tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mula mencipta corak atau pattern
kek itu.Harga kek juga bergantung kepada besar, jenis corak dan kepayahan
membuat kek tersebut. Jadi semakin besar, semakin banyak corak, semakin susah
membuat kek tersebut,maka semakin mahal harga kek tersebut.
No comments:
Post a Comment